Zaman antara perang Werner von Fritsch

Semasa zaman antara perang, Fritsch berkhidmat dalam Angkatan Tentera (Reichswehr) Republik Weimar. Pada tahun 1924, Fritsch menulis sepucuk surat kepada Joachim von Stülpnagel yang mana beliau meluahkan kebenciannya terhadap demokrasi dan harapannya agar Jeneral Hans von Seeckt akan melaksanakan putsch untuk mendirikan satu pemerintahan diktator tentera.[1] Fritsch mengumumkan beliau benar-benar menentang "kacukan hitam, merah dan emas" sebagai Canselor dan menulis bahawa beliau percaya yang Jerman telah dihancurkan oleh "suratkhabar propaganda Yahudi".[1] Fritsch mengakhiri suratnya dengan senarai semua orang yang dibencinya:

Untuk usaha terakhir Ebert, pencinta damai, Yahudi, demokrat, hitam, merah, dan emas, dan Perancis semuanya sama, terutama orang-orang yang mahu memusnahkan Jerman. Mungkin ada perbezaan kecil, namun pada penghujung ia semuanya sama.[1]

Ahli sejarah Jerman Wolfram Wette menulis yang Fritsch hampir menderhaka dengan suratnya kerana Fritsch telah mengangkat sumpah Reichswehreid untuk mempertahankan demokrasi, dan seruan untuk putsch bagi memusnahkan demokrasi yang Fritsch berjanji untuk dipertahankan adalah satu perbuatan "...penderhakaan melampau terhadap republik yang mana beliau telah bersumpah".[1] Fritsch banyak terlibat dalam persenjataan rahsia semula tahun 1920an, dimana Jerman berusaha menghindari syarat-syarat Bahagian V Persetiaan Versailles, yang pada dasarnya melucutkan senjata Jerman, menghadkan Angkatan Tentera negara itu kepada 100,000 askar, serta memusnahkan semua kapal terbang dan kereta kebal.[2] Dengan demikian, Fritsch yang bekerja rapat dengan pihak Soviet Union dalam persenjataan rahsia semula memihak kepada dasar luar pro-Soviet, dan sangat membenci Poland.[2] Pada tahun 1928, Fritsch mula bekerja pada rancangan itu yang kemudian menjadi Kes Putih, iaitu pencerobohan Poland pada tahun 1939.[2] Beliau dinaikkan pangkat ke Brigedier Jeneral (Generalmajor) pada tahun 1932 oleh Kurt von Schleicher, yang menganggap beliau sebagai pegawai muda yang berbakat.[3] Schleicher kemudian menugaskan Fritsch dan Gerd von Rundstedt melaksanakan rampasan Prusia yang menyaksikan Reichswehr menumbangkan kerajaan Demokratik Sosial Prusia.[2]

Selepas Nazi berkuasa pada tahun 1933, Fritsch adalah penyokong kuat rejim baru, dilihatnya sebagai kuasa radikal yang, jika dipengaruhi oleh orang-orang seperti dirinya, akan menjadi kuasa untuk kebaikan.[4] Wette menulis bahawa kerana Fritsch adalah ahli "...kumpulan anti-Semitik yang keras" dalam pasukan pegawai, anti-Semitisme Adolf Hitler merupakan salah satu punca paling penting Fritsch menyokong rejim Nazi.[5] Fritsch dilantik sebagai Ketua Markas Tentera Darat, pada Februari 1934 kerana Hitler melihat beliau sebagai penyokong rejim dan kerana Menteri Pertahanan Werner von Blomberg menilai Fritsch mengikut profesionalisme.[6] Pada Februari 1934, apabila Blomberg mengarahkan semua perajurit yang dianggap berketurunan Yahudi (iaitu, mempunyai ibubapa berketurunan Yahudi atau datuk nenek yang bertukar agama; sebelum pemerintahan Nazi, pihak Reichswehr tidak menerima orang Yahudi) diberi pemberhentian yang memalukan, Fritsch tidak membantah dan melaksanakan arahan tersebut.[7] Menurut William Shirer dalam The Rise and Fall of the Third Reich, Fritsch memainkan satu peranan penting apabila beliau menghalang persediaan awal Hitler dengan Tentera Darat untuk menggantikan Presiden von Hindenburg pada masa kematiannya. Fritsch akhirnya mengkhianati pasukan pegawai dengan menyetujui tuntutan ini selepas berunding dengan para jeneralnya.[8] Pada 31 Disember 1934 Fritsch mengumumkan yang ia "menyatakan bahawa seseorang pegawai [patut mencari] isteri yang hanya dalam kalangan orang Aryan" dan mana-mana pegawai yang mengahwini perempuan Yahudi akan diberhentikan secara memalukan dengan serta-merta.[5] Beliau telah dinamakan Panglima Tentera Darat (Oberkommando des Heeres) pada Jun 1935. Pada hujung tahun 1934–awal tahun 1935, Fritsch and Blomberg berjaya menekan Hitler supaya membersihkan nama Jeneral von Schleicher yang dibunuh, mendakwa bahawa selaku pegawai mereka tidak dapat menahan serangan pihak akhbar yang menggambarkan beliau sebagai pembelot yang bekerja untuk Perancis.[9]

Fritsch menyokong rejim Nazi tetapi beliau bersikap antagonis terhadap cubaan mewujudkan saingan dengan Tentera Darat, terutamanya SS. Shirer mengimbau kembali Fritsch pernah membuat teguran sinis tentang SS, serta beberapa pemimpin Nazi bawah Hitler, di upacara perbarisan di Saarbrücken. Beliau juga bimbang Hitler akan mengisytiharkan perang dengan Soviet Union; seperti kebanyakan rakan sekerjanya, beliau menyokong hubungan Weimar dengan Moscow. Wette menulis "Ia tidak dapat dinafikan bahawa Jeneral von Fritsch yang konservatif dan nasionalis mendukung negara Sosialis Nasional, dan beliau menerima Hitler sebagai diktator sepenuhnya. Dengan kesesuaian pandangan ini, seseorang mungkin meragui samada Fritsch menyatakan anti-Semitisme mencerminkan 'kenaifan politik' seperti yang ditegaskan oleh ahli sejarah Klaus-Jürgen Müller".[10]

Pada April 1936, sewaktu Blomberg dinaikkan pangkat ke Fil Marsyal, Fritsch mendapat kenaikkan ke Kolonel Jeneral (Generaloberst). Fritsch adalah di antara para pegawai yang hadir dalam Mesyuarat Hossbach pada tahun 1937 dimana Hitler mengumumkan kehendaknya untuk berperang seawal tahun 1938. Beliau mengkritik permintaan ini, kerana beliau tahu tentera daratnya belum lagi bersedia.

Rujukan

WikiPedia: Werner von Fritsch http://www.armytimes.com/news/2007/07/army_europec... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://www.army.mil/article/11482/darmstadt-garris... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p073593281 http://isni.org/isni/0000000034646046 https://www.amazon.com/Hitler-His-Generals-Hidden-... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb13825440x https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb13825440x https://www.idref.fr/164063498 https://id.loc.gov/authorities/names/n94064563